Kehidupan peribadi Ashira

Ashira merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2015.[4]

Beliau mendedahkan kepada media bahawa telah kehilangan sumber pendapatan kerana kelab malam sekian lamanya ditutup kerana perintah kuarantin yang dijalankan di seluruh negara akibat pandemik COVID-19.[5] Untuk mencari wang lebih, Ashira menyara kehidupan dengan menjual laksa dan menjalankan perniagaan dalam talian, namun menemui jalan buntu. Beliau turut membuat siaran secara langsung di aplikasi Bigo bagi membayar bil elektrik dan air.[6][7]

Ashira turut mendedahkan selepas menerima berita layak ke Gegar Vaganza 7, beliau telah diusir keluar dari rumah sewanya kerana tidak membayar sewa RM1,000 selama 6 bulan. Beliau terpaksa menumpang di rumah kakaknya manakala anaknya tinggal di rumah seorang kakaknya.[8][9][10]

Rujukan

WikiPedia: Ashira https://mediapermata.com.bn/ashira-diusir-tuan-rum... https://www.budiey.com/ashira-hilang-kerja-dihalau... https://gempak.com/artikel/41662/ashira https://gempak.com/artikel/41799/6-bulan-tak-bayar... https://www.instagram.com/ashiraaziz/ https://www.malaymail.com/news/showbiz/2020/09/23/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/09/623362/gegar... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/09/623880/ashir... https://www.klik.com.my/item/story/2392664/ashira-...